Orang
kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang
yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya
ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan
internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang
lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar
daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design,
penulisan, web master, dan lain-lain lagi. Tanpa membuang masa lagi jom
kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.
1. Zulfadli (smartZul)
Mohd
Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan
pengusaha perniagaan Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak dari tahun 2005 lagi.
Walaupun kini beliau menetap di Kuala Lumpur, namun 90% sumber
rezekinya adalah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari
luar negara tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah
satu kelebihan perniagaan Internet.
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama
empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi
ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat
dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau
sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Antara usaha yang beliau lakukan adalah:
- Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
- Menulis ebook (percuma dan berbayar)
- Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
- Menulis buku (dalam proses penerbitan)
- Konsultasi, seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
- Memberi ceramah di IPT-IPT Tempatan
- Menyertai program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
- Program Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
- Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
- Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:
- Blog Marketing
- Email Marketing
- Affiliate Marketing
- Teknikal IT untuk Internet Marketing
- Penerbitan Produk Informasi
- Facebook Marketing
lagi info di –> http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/
2. Mohd Suhaimy (Shuth)
Nama penuh beliau Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, beliau lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot).
Dan dengan nama tersebut, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat
berasaskan perniagaan di internet yang diberi nama Shuth Network Sdn.
Bhd.
Perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang telah beliau usahakan adalah seperti:-
- WangCyber.com -
ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik
“perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun
2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat
terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website
tersebut.
- Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.
- Maskahwin.com –
ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan
yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak
tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
- RahsiaBlogger.com –
ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya
bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah
buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan
pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai
buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di
websitewww.rahsiablogger.com.
- RahsiaKambing.com –
sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan
pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed
Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.
- Klikjer.com –
ianya merupakan sebuah sistem affiliate berpusat yang menawarkan
pelbagai info produk yang boleh dipromosikan oleh affiliate-affiliate di
Malaysia. Ianya adalah merupakan lubuk buat duit di internet untuk
rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sebagai seorang affiliate.
Penulis-penulis yang ingin menerbitkan karya mereka juga turut
dialu-alukan untuk menghantarkan karya ebook mereka ke website ini.
Selain menjalankan perniagaan di internet, beliau juga kerap
dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan
Internet” anjuran IPT serta pihak swasta. Antaranya, seperti di UIA,
Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut
Pembangunan & Pengurusan Johor, Persatuan Usahawan Internet Malaysia
dan sebagainya.
3. Ammar Zahar
Nama
beliau Ammar Zahar. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau namun
pada yang masih belum beliau merupakan salah seorang Usahawan Internet
yang terkemuka di pasaran tempatan. Di pasaran antarabangsa pula saya
merupakan salah seorang ‘Super Affiliate’ .
Mungkin ramai juga yang telah tahu akan kejayaan yang telah beliau
kecapi namun tidak ramai yang tahu siapa beliau sebelum berjaya mencapai
kejayaan seperti sekarang dan bagaimana beliau melalui dan
memperolehinya.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar biasa.
Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya
bergantung harap hanya pada duit PTPTN.
Tetapi sekarang beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat
sendiri iaitu AmmarZahar sdn bhd. Beliau telah banyak menerbitkan
beberapa produk digital yang mempunyai branding name “Mania” antaranya:
DuitMania.com -panduan asas dan advanced bagaimana memulakan perniagaan internet dan menjana pendapatan melalui internet.
FacebookMania.com – Panduan memulakan perniagaan dan teknik-teknik berkesan untuk memasarkan sebarang produk di Facebook
SuksesMania.com – Video motivasi bagaimana beliau boleh berjaya dan sukses dalam perniagaan internet ini.
zerokehero.com – panduan bagaimana anda yang dari zero knowledge pasal internet marketing sehingga menjadi hero IM.
banyak lagi produk-produk lain yang telah di hasilkan oleh beliau dan telah berjaya mengaut keuntungan lebih 4angka sebulan.
utk lebih info tentang Ammar Zahar –> http://perniagaaninternet.com | http://ammarzahar.com
4. MazlieNadzri
Mazlie Nadzri merupakan internet marketer separuh masa.
Beliau mula aktif dalam perniagaan internet sejak awal
tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi program affiliate, pernah menjadi juara cabaran affiliate untuk produk tempatan, menduduki top 10 cabaran affiliate, penghasilan produk sendiri dan pemilik servis design minisitedan
sistem affiliate.Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai
perisian Adobe Flash yang kini berada di kedai-kedai buku yang
berhampiran. Antara website milik beliau adalah:
http://www.sistem-autoresponder.com -
laman minisite yang memasarkan sistem autorespon yang boleh di pasang
pada hosting sendiri untuk mengumpul email list. sesuai utk newbie yang
ingin bermula kumpul list.
http://www.panduansistemaffiliate.com -
Skrip dan panduan memasang sistem affiliate lite yang banyak di gunakan
oleh ramai IM untuk membantu meningkatkan jualan produk digital di
internet.
untuk maklumat lanjut tentang MazlieNazdri sila ke FBpage beliau
5. Rahman Basri
Rahman Basri adalah merupakan seorang ahli pemasaran affiliate yang
disegani di Malaysia. Beliau kerap kali menjadi top affiliate bagi setiap
cabaran/pertandingan affiliate yang disertainya.
Kepakaran beliau di dalam pemasaran affiliate, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain aktif menjalankan pemasaran affiliate, beliau juga turut menghasilkan
produk sendiri seperti:
Panduanemel.com - Panduan tentang pemasaran email,
SplitAffiliate.com -
Teknik memasarkan produk affiliate yang berkensan melalui medium
Facebook, Forum dan Email. Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah
untuk mempromosikan beberapa produk dalam masa yang sama.
dan yang terbaru SwipeCopy.com
beliau juga ada menganjurkan seminar/perconal coaching mengenai
affiliate dan pemasaran email bagi membantu sesiapa yang berminat untuk
menguasai teknik-teknik yang di gunakan oleh beliau sehingga pergelar
top affiliate.
jom selami kisah hidup beliau dalam menceburkan diri dalam IM ini di sini –> video talk Rahman Basri di gathering wangcyber dan interview beliau oleh majalahniaga di Majalahniaga.com
6. Jamaluddin Bahari
Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMal-PakarEbook. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak disember 2008 lagi.
Beliau melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah mengalami
masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang agak
kritikal. Dengan semangat ingin bebas kewangan, beliau bertekad mencuba
nasib dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara
berhutang dari kad kreditnya.
Dengan hasil untung RM60 pertama, beliau mengorak langkah menjana
income lumayan setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya
menghasilkan jualan lebih RM125k hanya dalam masa 40 hari pelancaran.
Sejak itu beliau mendapat perhatian dari dunia perniagaan internet
Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di
IbuKota sepanjang tahun 2009 – 2011.
Antara ebook-ebook yang berjaya dihasilkan oleh beliau seperti:
Rahsia Lulus temuduga kerja kerajaan, Emas-emas yang hilang, Rahsia Affiliate Kerajaan, 3.0 Email Marketing, dan terbaru di lancarkan semuala PakarEbookReborn
untuk info lagi mengenai beliau boleh ke blog beliau – blogjamal.com dan tonton video perkongsian ini dari Jamal di wangcyber.
sebenarnya ramai lagi otai-otai usahawan internet yang patut anda
kenali supaya dapat memberi sumber inspirasi dan motivasi untuk anda
lebih berjaya seperti mereka juga.. Jika nak di senaraikan semua sekali
dalam blog usang ni takut x terbaca pula korang kan. Mungkin satu hari
nanti nama anda pula tersenarai sebagai otai usahawan internet siapa
tahu..???