Thursday 11 April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.                                                                                              Pada kali ini, Kumpulan Aktif telah diamanahkan untuk mengendalikan bahagian operasi sepanjang tempoh perniagaan kelas DBS 5B di Dataran YES Politeknik Seberang Perai. Oleh itu,  Kumpulan Aktif telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti operasi iaitu :

 

  • Menggoreng Nugget

  • Membuat Roti Sosej

     

Kumpulan kami telah membahagikan tugas ini kepada dua pecahan kumpulan kecil iaitu 1 kumpulan menyediakan makanan untuk berniaga iatu nugget dan roti sosej manakala 1 kumpulan lagi mengendalikan urusan perniagaan di Dataran YES. Ahmad Firdaus selaku ketua kumpulan AKTIF telah ditugaskan bahagian penghantaran makanan ke Dataran YES.

Nugget yang telah siap di goreng.

Nugget yang telah digoreng akan di cucuk dengan lidi.
Sosej akan di rebus terlebih dahulu sebelum digulungkan bersama roti.
Sosej di gulung bersama roti.
Roti yang telah siap di gulung bersama sosej.
Roti akan di salut dengan telur sebelum di goreng.
Roti yang telah siap di salut dengan telur sedang di goreng di dalam kuali.

 
Roti sosej bersalut telur yang telah siap di goreng.






Saturday 2 March 2013

Kisah Irfan Khairi,Jutawan Internet

Nuffnang Ads
DI sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya. Pepatah dari Barat ini amat tepat dengan kehidupan personaliti yang terkenal dengan jolokan ‘jutawan internet’, Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34 atau Irfan Khairi.
Sokongan tidak berbelah bagi isteri tercinta, Shazrina Yusof, 36, sejak hidup bersama kira-kira 10 tahun lalu, membolehkan kejayaan dikecapinya hari ini. Irfan Khairi mula menjadi sebutan ramai selepas kisah kejayaan beliau bergelar jutawan pada usia 25 tahun hasil daripada perniagaan melalui internet dipaparkan media. Bertitik-tolak dari itu, Irfan Khairi aktif menganjurkan bengkel, ceramah dan seminar untuk memberi tip kepada orang ramai mengenai strategi perniagaan internet yang berkesan.


Irfan Khairi jutawan internet
 
















 
Tanggungjawab Shazrina bukan saja sebagai isteri dan membantu Irfan Khairi menguruskan keluarga dan empat anak mereka iaitu Ilham Abadi, 9; Kasih Kamilia Abadi, 7; Ikhlas Abadi, 5 dan Cinta Strawberry Abadi, 3, malah berganding bahu bersama suami untuk melicinkan urusan syarikat yang ditubuhkan, Irfan Khairi Sdn Bhd.
Berkongsi memori perkenalan mereka kepada sisipan Sabtu, pasangan ini bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana. Kata mereka, perkenalan mereka diatur rakan masing-masing.
"Waktu itu, saya baru saja berpindah ke Birmingham selepas tamat pengajian di University Staffordshire, UK. Ketika di Staffordshire, saya tidak mempunyai ramai kawan memandangkan saya sibuk dengan pengajian di waktu siang dan perniagaan internet pada waktu malam.

Kisah Irfan Khairi,Jutawan Internet
 


















"Begitu juga keadaannya ketika mula sampai ke Birmingham. Saya tidak mempunyai kenalan pun. Beberapa rakan yang paling awal saya kenal secara kebetulan adalah kawan-kawan Shazrina. Merekalah yang memperkenalkan kami berdua yang masih single ketika itu dengan alasan, wajah kami seiras," ujar Irfan Khairi yang dulu berkhidmat sebagai Pereka Sistem Multimedia dan Perunding Internet di Birmingham manakala Shazrina bekerja dalam bidang perhotelan.

Irfan Khairi family


















Terdorong dengan saranan rakannya, Irfan Khairi mengambil langkah pertama dengan menghantar SMS kepada Shazrina seterusnya mengajak beliau keluar menonton wayang. Shazrina pula tidak menyangka Irfan Khairi berani mengajaknya menonton filem walaupun baru berkawan dan berbual melalui SMS. Kala mula bertemu, Shazrina tidak menyangka apa yang dikhabarkan rakannya mengenai wajah seiras mereka rupa-rupanya bukanlah gurauan semata-mata.
Filem Toy Story menjadi saksi pertemuan mereka dan sejak itu, mereka semakin rapat dan sering keluar bersama.
Menurut Irfan Khairi, sejak pertemuan pertama lagi, hatinya sudah terpaut kepada Shazrina.
"Saya rasa beliau baru tahu mengenai hal ini (senyum). Pada awal perkenalan lagi, saya berasa senang bersamanya dan lama kelamaan mencetuskan rasa sayang. Keserasian yang wujud membuatkan perhubungan semakin serius dan tidak lama selepas itu kami mengikat tali pertunangan.
"Selepas kira-kira enam bulan bertunang dan kebetulan cukup setahun usia perkenalan, kami kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan. Kemudian, kami terbang semula ke UK dan kembali bekerja," cerita Irfan Khairi.
Kira-kira setahun memulakan hidup berkeluarga di perantauan, Irfan Khairi dan Shazrina membuat keputusan untuk pulang ke tanah air selepas melahirkan anak sulung mereka, Ilham Abadi. Jelas Irfan Khairi, walaupun kawasan Birmingham diduduki ramai komuniti Muslim, jauh di sudut hatinya, beliau inginkan anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang dekat dengan asal-usul mereka.
"Selain itu, kami berasakan sudah agak lama kami berada di negara orang dan sudah tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Lagipun, Shazrina berhenti bekerja di Hyatt Regency Birmingham dan kami menumpukan sepenuh masa mengusahakan perniagaan internet yang boleh dijalankan walaupun menetap di Malaysia," katanya.
Mengenai rutin harian keluarganya, Shazrina berkata, beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap dan menghantar tiga anaknya ke sekolah. Pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah, Shazrina bersarapan bersama suami dan selepas itu, mula melakukan kerja rumah sambil melayan anak bongsu.
Jika tidak menghadiri bengkel perniagaan internet, program radio atau televisyen, Irfan Khairi akan bekerja di bilik yang dijadikan pejabatnya dan turun makan tengahari bersama anak-anak yang sudah pulang dari sekolah. Kemudian, Irfan Khairi dan Shazrina akan membawa anak-anak beriadah di taman dan menyambung semula kerjanya dari jam 10 malam hingga jam 1 atau 2 pagi.
Pada hari minggu pula, bapa penyayang ini lazimnya terikat dengan komitmen bengkel atau program seumpamanya. Sekali-sekala apabila berkesempatan, beliau akan membawa keluarganya membeli belah atau ke taman tema.
"Anak-anak saya ini, mereka lebih gemar duduk di rumah. Jika diajak keluar membeli-belah, mereka tidak begitu teruja. Mereka lebih suka bermain permainan video, menghadap komputer atau bermain sesama mereka," kata Irfan Khairi.

Jadi rakan kepada anak sendiri
MENYIFATKAN keputusan membesarkan anak-anak di tanah air serta menumpukan perhatian kepada perniagaan internet di rumah sebagai langkah tepat, Irfan Khairi mengakui beliau dan isterinya menikmati banyak kelebihan berbanding pasangan lain yang bekerja.
Mereka puas dapat melihat tumbesaran dan perkembangan setiap anak sejak peringkat bayi dan sebahagian besar waktu dihabiskan bersama. Ini membuatkan hubungan mereka dengan anak-anak sangat rapat. Malah, dalam berinteraksi dengan anak-anak, suami-isteri ini lebih suka bertindak seperti rakan kepada anak-anak.
"Itulah untungnya bekerja sendiri, menguruskan perniagaan internet dari rumah. Pengurusan keluarga boleh dilakukan sendiri.
"Kami makan bersama, menemani mereka ketika belajar atau melakukan kerja sekolah, menonton televisyen dan DVD, bermain permainan video dan bermain badminton di padang bersama-sama.
"Biarpun mempunyai rakan di kawasan kejiranan rumah, anak-anak jarang meminta untuk bermain bersama rakan mereka itu. Hubungan antara adik-beradik juga cukup rapat. Malah, di sekolah, Ilham akan pergi rehat bersama-sama adik," ujar Irfan Khairi.
Kelebihan sebagai ibu bapa yang bekerja dari rumah seperti yang dilaluinya sering diberitahu kepada peserta yang menghadiri bengkelnya. Secara peribadi, Irfan Khairi berpendapat, alangkah baiknya jika lebih ramai pasangan ibu bapa, sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka mencari rezeki melalui perniagaan internet.
Dengan cara begitu, kata Irfan Khairi, perhatian dapat diluang untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkualiti serta mewujudkan institusi keluarga yang lebih harmoni.
Bagi pasangan ini juga, selain memberi sumber pendapatan kepada keluarga, internet turut dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dalam kemahiran keibubapaan.
"Ada masanya, kami akan mencari sumber bacaan di internet yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan, pendekatan yang sesuai dalam mendidik anak-anak dan sebagainya.
"Sebagai contoh, sebelum ini anak saya mengalami sesuatu seperti alahan di kulitnya, saya rujuk internet untuk mengenalpasti apakah masalah itu, adakah ia serius hingga perlu dibawa berjumpa doktor atau boleh diubati dengan krim yang dibeli di farmasi.
"Isteri saya pula sesekali menggunakan internet untuk mencari resipi enak dan berkhasiat sebagai idea masakan untuk seisi keluarga,"kata Irfan Khairi.
Ditanya sama ada mereka berdepan dengan masalah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, Irfan Khairi dan Shazrina menyatakan, setakat ini, mereka bersyukur kerana semuanya baik. Namun, mereka tidak mengakui, timbul rasa bimbang memikirkan cabaran yang bakal ditempuhi apabila anak-anak melangkah ke alam remaja serta terdedah dengan pengaruh negatif rakan sebaya atau persekitaran.
"Kami berharap, dengan didikan dan bimbingan yang kami beri kepada mereka sejak kecil, anak-anak mampu menilai apa yang baik dan buruk.
"Kami memberi kebebasan kepada anak-anak melakukan apa yang mereka minati. Sama ada mereka minat ke bidang seni, teknologi atau sukan, kami akan sentiasa memberi galakan. Semua usaha gigih yang dilakukan kami selama ini adalah untuk mereka," akhiri Irfan Khairi.

jom kenali otai-otai usahawan internet Malaysia


Orang kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design, penulisan, web master, dan lain-lain lagi.  Tanpa membuang masa lagi jom kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.

1. Zulfadli (smartZul)
Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan pengusaha perniagaan Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak dari tahun 2005 lagi.
Walaupun kini beliau menetap di Kuala Lumpur, namun 90% sumber rezekinya adalah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari luar negara tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah satu kelebihan perniagaan Internet.
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Antara usaha yang beliau lakukan adalah:

  1. Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
  2. Menulis ebook (percuma dan berbayar)
  3. Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
  4. Menulis buku (dalam proses penerbitan)
  5. Konsultasi, seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
  6. Memberi ceramah di IPT-IPT Tempatan
  7. Menyertai program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
  8. Program Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
  9. Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
  10. Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:

  1. Blog Marketing
  2. Email Marketing
  3. Affiliate Marketing
  4. Teknikal IT untuk Internet Marketing
  5. Penerbitan Produk Informasi
  6. Facebook Marketing
lagi info di –> http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/


2. Mohd Suhaimy (Shuth)
 

Nama penuh beliau Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, beliau lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan perniagaan di internet yang  diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd.
Perniagaan di internet sejak tahun 2005.  Antara perniagaan internet yang telah beliau usahakan adalah seperti:-

  • WangCyber.com - ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website tersebut.
  • Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.
  • Maskahwin.com – ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
  • RahsiaBlogger.com – ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di websitewww.rahsiablogger.com.
  • RahsiaKambing.com – sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.
  • Klikjer.com – ianya merupakan sebuah sistem affiliate berpusat yang menawarkan pelbagai info produk yang boleh dipromosikan oleh affiliate-affiliate di Malaysia. Ianya adalah merupakan lubuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sebagai seorang affiliate. Penulis-penulis yang ingin menerbitkan karya mereka juga turut dialu-alukan untuk menghantarkan karya ebook mereka ke website ini.

Selain menjalankan perniagaan di internet, beliau juga kerap dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan Internet” anjuran IPT serta pihak swasta.  Antaranya, seperti di UIA, Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut Pembangunan & Pengurusan Johor, Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan sebagainya.

lebih info boleh ke blog peribadi beliau di –> http://www.mohdsuhaimy.com


3. Ammar Zahar

 

Nama beliau Ammar Zahar. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau namun pada yang masih belum beliau merupakan salah seorang Usahawan Internet yang terkemuka di pasaran tempatan. Di pasaran antarabangsa pula saya merupakan salah seorang ‘Super Affiliate’ .

Mungkin ramai juga yang telah tahu akan kejayaan yang telah beliau kecapi namun tidak ramai yang tahu siapa beliau sebelum berjaya mencapai kejayaan seperti sekarang dan bagaimana beliau melalui dan memperolehinya.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar biasa. Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya bergantung harap hanya pada duit PTPTN.

Tetapi sekarang beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat sendiri iaitu AmmarZahar sdn bhd. Beliau telah banyak menerbitkan beberapa produk digital yang mempunyai branding name “Mania” antaranya:

DuitMania.com -panduan asas dan advanced bagaimana memulakan perniagaan internet dan menjana pendapatan melalui internet.

FacebookMania.com – Panduan memulakan perniagaan dan teknik-teknik berkesan untuk memasarkan sebarang produk di Facebook

SuksesMania.com – Video motivasi bagaimana beliau boleh berjaya dan sukses dalam perniagaan internet ini.

zerokehero.com – panduan bagaimana anda yang dari zero knowledge pasal internet marketing sehingga menjadi hero IM.

banyak lagi produk-produk lain yang telah di hasilkan oleh beliau dan telah berjaya mengaut keuntungan lebih 4angka sebulan.

utk lebih info tentang Ammar Zahar –> http://perniagaaninternet.com | http://ammarzahar.com


4. MazlieNadzri

 

Mazlie Nadzri merupakan internet marketer separuh masa.
Beliau mula aktif dalam perniagaan internet sejak awal
tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi program affiliate, pernah menjadi juara cabaran affiliate untuk produk tempatan, menduduki top 10 cabaran affiliate, penghasilan produk sendiri dan pemilik servis design minisitedan sistem affiliate.Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai perisian Adobe Flash yang kini berada di kedai-kedai buku yang berhampiran. Antara website milik beliau adalah:

http://www.mazlienadzri.com - blog perniagaan internet milik beliau http://www.virtualniaga.com - lamanweb servis design grafik, untuk membantu para usahawan internet menghasilkan grafik untuk minisite, ecover, banner, portal iklan dan lain-lain lagi

http://www.sistem-autoresponder.com - laman minisite yang memasarkan sistem autorespon yang boleh di pasang pada hosting sendiri untuk mengumpul email list. sesuai utk newbie yang ingin bermula kumpul list.

http://www.panduansistemaffiliate.com - Skrip dan panduan memasang sistem affiliate lite yang banyak di gunakan oleh ramai IM untuk membantu meningkatkan jualan produk digital di internet.

untuk maklumat lanjut tentang MazlieNazdri sila ke FBpage beliau

   







 5. Rahman Basri 


 Rahman Basri adalah merupakan seorang ahli pemasaran affiliate yang
disegani di Malaysia. Beliau kerap kali menjadi top affiliate bagi setiap
cabaran/pertandingan affiliate yang disertainya.

Kepakaran beliau di dalam pemasaran affiliate, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain aktif menjalankan pemasaran affiliate, beliau juga turut menghasilkan
produk sendiri seperti:

Panduanemel.com - Panduan tentang pemasaran email,
SplitAffiliate.com - Teknik memasarkan produk affiliate yang berkensan melalui medium Facebook, Forum dan Email. Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah untuk mempromosikan beberapa produk dalam masa yang sama.
dan yang terbaru SwipeCopy.com
beliau juga ada menganjurkan seminar/perconal coaching mengenai affiliate dan pemasaran email bagi membantu sesiapa yang berminat untuk menguasai teknik-teknik yang di gunakan oleh beliau sehingga pergelar top affiliate.
jom selami kisah hidup beliau dalam menceburkan diri dalam IM ini di sini –> video talk Rahman Basri di gathering wangcyber dan interview beliau oleh majalahniaga di Majalahniaga.com




 


6. Jamaluddin Bahari


 Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMal-PakarEbook. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak disember 2008 lagi.
Beliau melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah mengalami masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang agak kritikal. Dengan semangat ingin bebas kewangan, beliau bertekad mencuba nasib dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara berhutang dari kad kreditnya.
Dengan hasil untung RM60 pertama, beliau mengorak langkah menjana income lumayan setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya menghasilkan jualan lebih RM125k hanya dalam masa 40 hari pelancaran.
Sejak itu beliau mendapat perhatian dari dunia perniagaan internet Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di IbuKota sepanjang tahun 2009 – 2011.
Antara ebook-ebook yang berjaya dihasilkan oleh beliau seperti:
Rahsia Lulus temuduga kerja kerajaan, Emas-emas yang hilang, Rahsia Affiliate Kerajaan, 3.0 Email Marketing, dan terbaru di lancarkan semuala PakarEbookReborn
untuk info lagi mengenai beliau boleh ke blog beliau – blogjamal.com dan tonton video perkongsian ini dari Jamal di wangcyber.
sebenarnya ramai lagi otai-otai usahawan internet yang patut anda kenali supaya dapat memberi sumber inspirasi dan motivasi untuk anda lebih berjaya seperti mereka juga.. Jika nak di senaraikan semua sekali dalam blog usang ni takut x terbaca pula korang kan. Mungkin satu hari nanti nama anda pula tersenarai sebagai otai usahawan internet siapa tahu..???

Friday 15 February 2013

Entreprenuer Interview Activity- Beauty & Health


11 February 2013
   
     Group Aktif membuat temuramah bersama dgn seorang usahawan muda Pn Noratiqah Md Noor seorg pemilik syarikat Ieqa Unique Beauty Ent bagi menyiapkan tugasan berkumpulan kami yang membincangkan tentang Kecantikan & Kesihatan.

Saturday 26 January 2013

MEMBUAT JUALAN KEREPEK UBI


Pada 21 Januari 2013, kami telah mendapat tugasan daripada Puan Farhana untuk membuat jualan di sekitar Politeknik.  Kami diberi masa 1 jam untuk menghabiskan jualan yang kami lakukan.  Setiap kumpulan mendapat 1 jenis makanan yang berbeza untuk dijual. Jenis makanan yang telah pun disenaraikan oleh Puan Farhana antaranya ialah kerepek pisang, biskut timbang, kerepek ubi, dan gula-gula. Kumpulan kami mendapat kerepek ubi untuk dijual pada hari tersebut.

Pada 19 Januari, kumpulan kami telah pun membeli kerepek tersebut di kilang.  Kami telah membeli 3 jenis kerepek ubi untuk dijual. Modal yang digunakan adalah RM 30.00 termasuk plastik untuk pembungkusan.   

BERTUGAS DI KIOSK YES

 Pada 16 Januari 2013, kumpulan kami telah ditugaskan untuk menjaga kiosk di dataran YES. Sebelum itu, kami telah pun diberi penerangan bagaimana untuk melakukan jualan dengan menulis setiap barang yang masuk dan keluar, ia dapat memudahkan bahagian kewangan untuk mengira untung ataupun rugi jualan kami pada hari tersebut.      

Pada hari tersebut, kami harus ada di kiosk pada pukul 7.15 a.m, sampai sahaja di kiosk kami telah pun memulakan tugasan dengan membersihkan tempat berniaga. Selain itu, kami juga turut menyusun atur barang-barang niaga yang hendak dijual.  Setelah mengemas dan menyusun barang niaga, kami telah pun membahagikan kumpulan kami kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan akan menjaga kiosk dan 1 kumpulan lagi akan membawa sebahagian daripada makanan yang hendak dijual itu untuk dijual kepada pensyarah - pensyarah di jabatan Perdagangan.  

Sunday 20 January 2013

KUMPULAN AKTIF MEMBERSIHKAN DATARAN YES

Pada 14 Januari 2013, kami telah bergotong royong membersihkan dataran YES sebagai persiapan untuk berniaga pada keesokan harinya iaitu pada 15 Januari 2013. Antara tugasan yang kami lakukan adalah menyusun atur barang-barang produksi yang di beli.

Selain itu, kami turut membersihkan kawasan di sekitar dataran YES termasuklah menyapu sampah dan mengemas barang-barang untuk jualan pada esok hari. Kami juga turut berbincang tentang cadangan jenis menu jualan untuk di jual.













AKTIVITI KUMPULAN AKTIF


Aktiviti pertama kumpulan kami adalah mencari 5 idea perniagaan yang mempunyai ciri - ciri yang kreatif dan inovatif. Semasa aktiviti mencari idea perniagaan ini, kumpulan kami telah pun membuat kaedah "Brainstorming". Semua ahli kumpulan terlibat untuk memberi idea yang kretif dan inovatif.  Antara idea yang telah kami perolehi ialah :  
  • Perkhidmatan Pembantu Rumah Yang Fleksibel
  • Home Made Ice Cream
  • Penghantaran Dobi
  • Buah - buahan Coklat
  • T  - Shirt Di Jahit Manik
  • Mashmello Coklat

Idea Perniagaan Dari Kumpulan Aktif



Saturday 19 January 2013

PENGENALAN KUMPULAN AKTIF

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kami dari kelas DBS 5B yang mewakili kumpulan AKTIF. Kumpulan Aktif mempunyai ahli seramai 6 orang yang diketuai oleh Ahmad Firdaus. Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan Aktif. 

1.  Ahmad Firdaus Bin Taibukahn
2.  Nur Diyana Binti Ismail
3.  Siti Sarah Bte Mohd Taib
4.  Nurul Athiqah Binti Idris
5.  Ralhayum Binti Razali
6.  Nur Lina Athirah Binti Abd Rahim

Kumpulan kami telah mendapat bimbingan daripada Encik Hafiz dan Puan Farhana.