DI sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang
menyokongnya. Pepatah dari Barat ini amat tepat dengan kehidupan
personaliti yang terkenal dengan jolokan ‘jutawan internet’, Dr Noor
Irfan Khairi Noor Azmi, 34 atau Irfan Khairi.
Sokongan tidak
berbelah bagi isteri tercinta, Shazrina Yusof, 36, sejak hidup bersama
kira-kira 10 tahun lalu, membolehkan kejayaan dikecapinya hari ini.
Irfan Khairi mula menjadi sebutan ramai selepas kisah kejayaan beliau
bergelar jutawan pada usia 25 tahun hasil daripada perniagaan melalui
internet dipaparkan media. Bertitik-tolak dari itu, Irfan Khairi aktif
menganjurkan bengkel, ceramah dan seminar untuk memberi tip kepada orang
ramai mengenai strategi perniagaan internet yang berkesan.
Tanggungjawab
Shazrina bukan saja sebagai isteri dan membantu Irfan Khairi
menguruskan keluarga dan empat anak mereka iaitu Ilham Abadi, 9; Kasih
Kamilia Abadi, 7; Ikhlas Abadi, 5 dan Cinta Strawberry Abadi, 3, malah
berganding bahu bersama suami untuk melicinkan urusan syarikat yang
ditubuhkan, Irfan Khairi Sdn Bhd.
Berkongsi memori perkenalan
mereka kepada sisipan Sabtu, pasangan ini bertemu di Birmingham, United
Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana. Kata mereka,
perkenalan mereka diatur rakan masing-masing.
"Waktu itu, saya
baru saja berpindah ke Birmingham selepas tamat pengajian di University
Staffordshire, UK. Ketika di Staffordshire, saya tidak mempunyai ramai
kawan memandangkan saya sibuk dengan pengajian di waktu siang dan
perniagaan internet pada waktu malam.
"Begitu
juga keadaannya ketika mula sampai ke Birmingham. Saya tidak mempunyai
kenalan pun. Beberapa rakan yang paling awal saya kenal secara kebetulan
adalah kawan-kawan Shazrina. Merekalah yang memperkenalkan kami berdua
yang masih single ketika itu dengan alasan, wajah kami seiras," ujar
Irfan Khairi yang dulu berkhidmat sebagai Pereka Sistem Multimedia dan
Perunding Internet di Birmingham manakala Shazrina bekerja dalam bidang
perhotelan.
Terdorong
dengan saranan rakannya, Irfan Khairi mengambil langkah pertama dengan
menghantar SMS kepada Shazrina seterusnya mengajak beliau keluar
menonton wayang. Shazrina pula tidak menyangka Irfan Khairi berani
mengajaknya menonton filem walaupun baru berkawan dan berbual melalui
SMS. Kala mula bertemu, Shazrina tidak menyangka apa yang dikhabarkan
rakannya mengenai wajah seiras mereka rupa-rupanya bukanlah gurauan
semata-mata.
Filem Toy Story menjadi saksi pertemuan mereka dan sejak itu, mereka semakin rapat dan sering keluar bersama.
Menurut Irfan Khairi, sejak pertemuan pertama lagi, hatinya sudah terpaut kepada Shazrina.
"Saya
rasa beliau baru tahu mengenai hal ini (senyum). Pada awal perkenalan
lagi, saya berasa senang bersamanya dan lama kelamaan mencetuskan rasa
sayang. Keserasian yang wujud membuatkan perhubungan semakin serius dan
tidak lama selepas itu kami mengikat tali pertunangan.
"Selepas
kira-kira enam bulan bertunang dan kebetulan cukup setahun usia
perkenalan, kami kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan.
Kemudian, kami terbang semula ke UK dan kembali bekerja," cerita Irfan
Khairi.
Kira-kira setahun memulakan hidup berkeluarga di
perantauan, Irfan Khairi dan Shazrina membuat keputusan untuk pulang ke
tanah air selepas melahirkan anak sulung mereka, Ilham Abadi. Jelas
Irfan Khairi, walaupun kawasan Birmingham diduduki ramai komuniti
Muslim, jauh di sudut hatinya, beliau inginkan anak-anaknya membesar
dalam persekitaran yang dekat dengan asal-usul mereka.
"Selain
itu, kami berasakan sudah agak lama kami berada di negara orang dan
sudah tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Lagipun, Shazrina berhenti
bekerja di Hyatt Regency Birmingham dan kami menumpukan sepenuh masa
mengusahakan perniagaan internet yang boleh dijalankan walaupun menetap
di Malaysia," katanya.
Mengenai rutin harian keluarganya,
Shazrina berkata, beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan
sarapan, membantu anak-anak bersiap dan menghantar tiga anaknya ke
sekolah. Pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah, Shazrina
bersarapan bersama suami dan selepas itu, mula melakukan kerja rumah
sambil melayan anak bongsu.
Jika tidak menghadiri bengkel
perniagaan internet, program radio atau televisyen, Irfan Khairi akan
bekerja di bilik yang dijadikan pejabatnya dan turun makan tengahari
bersama anak-anak yang sudah pulang dari sekolah. Kemudian, Irfan Khairi
dan Shazrina akan membawa anak-anak beriadah di taman dan menyambung
semula kerjanya dari jam 10 malam hingga jam 1 atau 2 pagi.
Pada
hari minggu pula, bapa penyayang ini lazimnya terikat dengan komitmen
bengkel atau program seumpamanya. Sekali-sekala apabila berkesempatan,
beliau akan membawa keluarganya membeli belah atau ke taman tema.
"Anak-anak
saya ini, mereka lebih gemar duduk di rumah. Jika diajak keluar
membeli-belah, mereka tidak begitu teruja. Mereka lebih suka bermain
permainan video, menghadap komputer atau bermain sesama mereka," kata
Irfan Khairi.
Jadi rakan kepada anak sendiri
MENYIFATKAN
keputusan membesarkan anak-anak di tanah air serta menumpukan perhatian
kepada perniagaan internet di rumah sebagai langkah tepat, Irfan Khairi
mengakui beliau dan isterinya menikmati banyak kelebihan berbanding
pasangan lain yang bekerja.
Mereka puas dapat melihat tumbesaran
dan perkembangan setiap anak sejak peringkat bayi dan sebahagian besar
waktu dihabiskan bersama. Ini membuatkan hubungan mereka dengan
anak-anak sangat rapat. Malah, dalam berinteraksi dengan anak-anak,
suami-isteri ini lebih suka bertindak seperti rakan kepada anak-anak.
"Itulah untungnya bekerja sendiri, menguruskan perniagaan internet dari rumah. Pengurusan keluarga boleh dilakukan sendiri.
"Kami
makan bersama, menemani mereka ketika belajar atau melakukan kerja
sekolah, menonton televisyen dan DVD, bermain permainan video dan
bermain badminton di padang bersama-sama.
"Biarpun mempunyai
rakan di kawasan kejiranan rumah, anak-anak jarang meminta untuk bermain
bersama rakan mereka itu. Hubungan antara adik-beradik juga cukup
rapat. Malah, di sekolah, Ilham akan pergi rehat bersama-sama adik,"
ujar Irfan Khairi.
Kelebihan sebagai ibu bapa yang bekerja dari
rumah seperti yang dilaluinya sering diberitahu kepada peserta yang
menghadiri bengkelnya. Secara peribadi, Irfan Khairi berpendapat,
alangkah baiknya jika lebih ramai pasangan ibu bapa, sama ada
kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka mencari rezeki melalui
perniagaan internet.
Dengan cara begitu, kata Irfan Khairi,
perhatian dapat diluang untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkualiti
serta mewujudkan institusi keluarga yang lebih harmoni.
Bagi
pasangan ini juga, selain memberi sumber pendapatan kepada keluarga,
internet turut dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dalam kemahiran
keibubapaan.
"Ada masanya, kami akan mencari sumber bacaan di
internet yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan, pendekatan yang
sesuai dalam mendidik anak-anak dan sebagainya.
"Sebagai contoh,
sebelum ini anak saya mengalami sesuatu seperti alahan di kulitnya, saya
rujuk internet untuk mengenalpasti apakah masalah itu, adakah ia serius
hingga perlu dibawa berjumpa doktor atau boleh diubati dengan krim yang
dibeli di farmasi.
"Isteri saya pula sesekali menggunakan
internet untuk mencari resipi enak dan berkhasiat sebagai idea masakan
untuk seisi keluarga,"kata Irfan Khairi.
Ditanya sama ada mereka
berdepan dengan masalah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, Irfan
Khairi dan Shazrina menyatakan, setakat ini, mereka bersyukur kerana
semuanya baik. Namun, mereka tidak mengakui, timbul rasa bimbang
memikirkan cabaran yang bakal ditempuhi apabila anak-anak melangkah ke
alam remaja serta terdedah dengan pengaruh negatif rakan sebaya atau
persekitaran.
"Kami berharap, dengan didikan dan bimbingan yang
kami beri kepada mereka sejak kecil, anak-anak mampu menilai apa yang
baik dan buruk.
"Kami memberi kebebasan kepada anak-anak
melakukan apa yang mereka minati. Sama ada mereka minat ke bidang seni,
teknologi atau sukan, kami akan sentiasa memberi galakan. Semua usaha
gigih yang dilakukan kami selama ini adalah untuk mereka," akhiri Irfan
Khairi.
Saturday 2 March 2013
jom kenali otai-otai usahawan internet Malaysia
1. Zulfadli (smartZul)
Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan pengusaha perniagaan Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak dari tahun 2005 lagi.
Walaupun kini beliau menetap di Kuala Lumpur, namun 90% sumber rezekinya adalah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari luar negara tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah satu kelebihan perniagaan Internet.
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Antara usaha yang beliau lakukan adalah:
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:
- Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
- Menulis ebook (percuma dan berbayar)
- Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
- Menulis buku (dalam proses penerbitan)
- Konsultasi, seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
- Memberi ceramah di IPT-IPT Tempatan
- Menyertai program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
- Program Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
- Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
- Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
lagi info di –> http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/
- Blog Marketing
- Email Marketing
- Affiliate Marketing
- Teknikal IT untuk Internet Marketing
- Penerbitan Produk Informasi
- Facebook Marketing
2. Mohd Suhaimy (Shuth)
Nama penuh beliau Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, beliau lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan perniagaan di internet yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd.
Perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang telah beliau usahakan adalah seperti:-
- WangCyber.com - ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website tersebut.
- Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.
- Maskahwin.com –
ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan
yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak
tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
- RahsiaBlogger.com – ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di websitewww.rahsiablogger.com.
- RahsiaKambing.com – sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.
- Klikjer.com – ianya merupakan sebuah sistem affiliate berpusat yang menawarkan pelbagai info produk yang boleh dipromosikan oleh affiliate-affiliate di Malaysia. Ianya adalah merupakan lubuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sebagai seorang affiliate. Penulis-penulis yang ingin menerbitkan karya mereka juga turut dialu-alukan untuk menghantarkan karya ebook mereka ke website ini.
Selain menjalankan perniagaan di internet, beliau juga kerap
dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan
Internet” anjuran IPT serta pihak swasta. Antaranya, seperti di UIA,
Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut
Pembangunan & Pengurusan Johor, Persatuan Usahawan Internet Malaysia
dan sebagainya.
3. Ammar Zahar
Nama beliau Ammar Zahar. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau namun pada yang masih belum beliau merupakan salah seorang Usahawan Internet yang terkemuka di pasaran tempatan. Di pasaran antarabangsa pula saya merupakan salah seorang ‘Super Affiliate’ .
Mungkin ramai juga yang telah tahu akan kejayaan yang telah beliau
kecapi namun tidak ramai yang tahu siapa beliau sebelum berjaya mencapai
kejayaan seperti sekarang dan bagaimana beliau melalui dan
memperolehinya.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar biasa. Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya bergantung harap hanya pada duit PTPTN.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar biasa. Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya bergantung harap hanya pada duit PTPTN.
Tetapi sekarang beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat
sendiri iaitu AmmarZahar sdn bhd. Beliau telah banyak menerbitkan
beberapa produk digital yang mempunyai branding name “Mania” antaranya:
DuitMania.com -panduan asas dan advanced bagaimana memulakan perniagaan internet dan menjana pendapatan melalui internet.
FacebookMania.com – Panduan memulakan perniagaan dan teknik-teknik berkesan untuk memasarkan sebarang produk di Facebook
SuksesMania.com – Video motivasi bagaimana beliau boleh berjaya dan sukses dalam perniagaan internet ini.
zerokehero.com – panduan bagaimana anda yang dari zero knowledge pasal internet marketing sehingga menjadi hero IM.
banyak lagi produk-produk lain yang telah di hasilkan oleh beliau dan telah berjaya mengaut keuntungan lebih 4angka sebulan.
utk lebih info tentang Ammar Zahar –> http://perniagaaninternet.com | http://ammarzahar.com
4. MazlieNadzri
Mazlie Nadzri merupakan internet marketer separuh masa.
Beliau mula aktif dalam perniagaan internet sejak awal
tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi program affiliate, pernah menjadi juara cabaran affiliate untuk produk tempatan, menduduki top 10 cabaran affiliate, penghasilan produk sendiri dan pemilik servis design minisitedan sistem affiliate.Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai perisian Adobe Flash yang kini berada di kedai-kedai buku yang berhampiran. Antara website milik beliau adalah:
http://www.mazlienadzri.com - blog perniagaan internet milik beliau
http://www.virtualniaga.com -
lamanweb servis design grafik, untuk membantu para usahawan internet
menghasilkan grafik untuk minisite, ecover, banner, portal iklan dan
lain-lain lagi
http://www.sistem-autoresponder.com -
laman minisite yang memasarkan sistem autorespon yang boleh di pasang
pada hosting sendiri untuk mengumpul email list. sesuai utk newbie yang
ingin bermula kumpul list.
http://www.panduansistemaffiliate.com -
Skrip dan panduan memasang sistem affiliate lite yang banyak di gunakan
oleh ramai IM untuk membantu meningkatkan jualan produk digital di
internet.
untuk maklumat lanjut tentang MazlieNazdri sila ke FBpage beliau
5. Rahman Basri
Rahman Basri adalah merupakan seorang ahli pemasaran affiliate yang
disegani di Malaysia. Beliau kerap kali menjadi top affiliate bagi setiap
cabaran/pertandingan affiliate yang disertainya.
Kepakaran beliau di dalam pemasaran affiliate, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain aktif menjalankan pemasaran affiliate, beliau juga turut menghasilkan
produk sendiri seperti:
Panduanemel.com - Panduan tentang pemasaran email,
SplitAffiliate.com - Teknik memasarkan produk affiliate yang berkensan melalui medium Facebook, Forum dan Email. Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah untuk mempromosikan beberapa produk dalam masa yang sama.
dan yang terbaru SwipeCopy.com
beliau juga ada menganjurkan seminar/perconal coaching mengenai affiliate dan pemasaran email bagi membantu sesiapa yang berminat untuk menguasai teknik-teknik yang di gunakan oleh beliau sehingga pergelar top affiliate.
jom selami kisah hidup beliau dalam menceburkan diri dalam IM ini di sini –> video talk Rahman Basri di gathering wangcyber dan interview beliau oleh majalahniaga di Majalahniaga.com
6. Jamaluddin Bahari
Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMal-PakarEbook. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak disember 2008 lagi.
Beliau melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah mengalami masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang agak kritikal. Dengan semangat ingin bebas kewangan, beliau bertekad mencuba nasib dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara berhutang dari kad kreditnya.
Dengan hasil untung RM60 pertama, beliau mengorak langkah menjana income lumayan setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya menghasilkan jualan lebih RM125k hanya dalam masa 40 hari pelancaran.
Sejak itu beliau mendapat perhatian dari dunia perniagaan internet Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di IbuKota sepanjang tahun 2009 – 2011.
Antara ebook-ebook yang berjaya dihasilkan oleh beliau seperti:
Rahsia Lulus temuduga kerja kerajaan, Emas-emas yang hilang, Rahsia Affiliate Kerajaan, 3.0 Email Marketing, dan terbaru di lancarkan semuala PakarEbookReborn
untuk info lagi mengenai beliau boleh ke blog beliau – blogjamal.com dan tonton video perkongsian ini dari Jamal di wangcyber.
sebenarnya ramai lagi otai-otai usahawan internet yang patut anda kenali supaya dapat memberi sumber inspirasi dan motivasi untuk anda lebih berjaya seperti mereka juga.. Jika nak di senaraikan semua sekali dalam blog usang ni takut x terbaca pula korang kan. Mungkin satu hari nanti nama anda pula tersenarai sebagai otai usahawan internet siapa tahu..???
Subscribe to:
Posts (Atom)